Wednesday, 7 July 2010

BOLA OH BOLA

Aku pun tak faham kenapa manusia nie gila sangat pada bola sepak..ape ada dengan bola sepak nie??sekarang nie piala dunia sedang berlangsung..lagi la naik gila semua manusia yang sejak azali da minat sangat pada benda bulat macam telur sendiri tu..hahaha..dala ada satu je bola dalam padang..semua nak rebut bola yang sama..masing-masing da kaya..beli la bola seorang satu..bukan mahal pun..hah nie ada kawan aku yang gila sangat dengan bola sepak nie walau pun dia ne kaki bangku je..sepak bola pun tak pandai..ajak main bola lagi dia tak nak..


Mamat nie penyokong setia belanda..kalau aku tengok perlawanan bola sepak dengan samdol nie boleh pekak kalau duduk sebelah dia..gol ke tak dia tetap akan mengeluar kan satu bunyi yang amat langsi..gugur tahi telinga..lokasi yang biasa beliau akan duduk mengadap skrin besar untuk memuas kan nafsu bola sepak beliau ada la di kedai CELAH BEDA@KOBOI..ajak lepak mamak dia tak nak..tah ape yang best kat KOBOI pun tak tahu la..takpe la botak janji ko bahagia..elak belanda kalah dengan german je kat final nanti..hahahaha..

Saturday, 3 July 2010

KG.BATU!

Baru2 nie aku dengan din telah pun menjejak kan kaki di KG.BATU..KG.BATU terletak di daerah selayang..Kg.BATU bukan la tempat popular macam KG.BARU..KG.BATU nie ada lah antara xtreme park yang paling besar di Malaysia..walau pun agak uzur kondisi tempat tu tetap seksi macam dulu kala..haha..nie ada gamba yang sempat aku ambil masa roll kat sana..

Titik tolak permulaan aku yang baru


Haloooooo..hah nie la gamba terbaru aku..masa nie roll kat PCP..sorang2 la macam biasa..aku pun tak tau la mana hilang semua rollerblader kat Malaysia nie..ape2 pun aku puas hati dengan perkembangan aku dalam sukan nie..semakin yakin dengan diri sendiri..gogogo ZAKWAN..

Saturday, 26 June 2010

Sayang baru



Ok!haha..setelah sekian lama mengguna kan os3 sebagai jentera untuk berjuang di medan perang..aku pun mengambil keputusan untuk memberi persaraan kepada os3...gambar diatas nie ada la sayang aku yang baru..VALO EB GREY!!!!welcome to my world VALO!


Dan nie la os3 ku..jasa mu tetap di kenang os3!

Thursday, 24 June 2010

BERMULA KISAH AKU YANG BARU

Dengan bacaan bismilah aku mula kan la diari hidup aku yang baru..berat untuk aku buang diari lama hidup aku yang sarat dengan memori pahit manis di dalam menempuhi kehidupan yang kudus nie..tuhan memang sengaja menguji semua makluk yang dicipta oleh nyer agar semua nyer tunduk taat pada perintah yang telah dicipta oleh allah s.w.t ...aku telah pun diuji dengan pelbagai dugaan dan masalah yang datang bagai kan hujan batu..dari situ aku dapat mempelajari pelbagai perkara di dalam kehidupan yang amat berguna pada diri ini untuk dijadi kan bekalan di masa hadapan yang aku pasti lebih memcabar...aku betol-betol sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri buat masa nie selepas jatuh tersungkur diuji oleh allah s.w.t ...aku mahu bina satu jalan yang baru di dalam hidup aku..jalan yang lurus,yang rata dan baik..aku tidak mahu lagi jatuh buat kali ke berapa pun aku da tak ingat(hahaha gelak sendiri depan pc)...kejatuhan juga mengajar aku supaya lebih tabah di dalam menghadapi hidup ini...tidak ber erti kita jatuh sekali kita sudah kalah untuk selama-lama nyer..itu lah ayat yang aku guna untuk bangun semula daripada zaman kegelapan...aku harap kali ini aku akan berjaya mencapai apa yang aku impikan selama ini...berjaya mencipta nama baik semula...dan akhir sekali berjaya membina kehidupan yang jauh lebih baik dan cermelang daridapa sebelum ini..AMIN...

Mintak maaf

Huh tak tau nak mule macam mane sebenar nyer...aku da terlalu lame sangat tak menziarahi blog aku...aku terlalu sibuk dengan kehidupan seharian yang padat dengan rintangan dan dugaan yang harus aku hadapi dengan hati yang kuat sambil disaluti dengan minda yang terbuka...sekarang nie semua halangan yang datang telah pun aku tempuhi dengan jaya nyer...jadi tak ada lah lagi alasan untuk tidak mengUPDATE blog aku -sigemuk tahi lalat-..huhu...

Thursday, 20 May 2010

Gangster??perlu ke......

Huhhhh..pelik tapi benar..itu lah yang boleh aku ungkap kan tentang gangster yang semakin melular di kalangan remaja zaman sekarang nie..tah ape yang seronok jadi mat samseng nie pun aku tak tau..''bang sana bang sini..pukul sana pukul sini''..nak tunjuk samseng tak kira tempat..tapi bila sorang2 jadi pengecut..jadi macam ayam tepi reban rumah kat kampung tu..konon je hero tapi zero je beb..kalau setakat nak tunjuk macho depan perempuan baik tak payah la wei..main koteh kat dalam bilik je bagus..aku geram betol dengan budak2 yang suka sangat tunjuk kuat dengan masuk geng2 samseng..lepas tu nak gelar diri sebagai ABANG la ape la..macam siot je..aku tak takut la setakat budak macam tu nak tunjuk samseng bodo..

Konon2 je macam satu family bila dengan member2 samseng..tapi bila sorang da kene tangkap..sape je yang nak tolong..mak bapak gak kan..jadi bagi aku samseng yang sebenar ada lah mak bapak kita..lagi satu yang aku pelik sampai ada yang sanggup membayar sejumlah wang yang banyak semata2 nak masuk geng2 samseng nie..tah pape la..daripada buang duit macam tu baik tabur duit tu ke arah kebaikan..dala masuk samseng ne belot maut nak keluar plak tak boleh..sampai mampos la dok jadi samseng..lepas tu bagi anak bini makan duit haram..tak perlu jadi gangster untuk tunjuk kuat atau nak tunjuk kita nie SOMEBODY..banyak lagi jalan unuk capai semua tu..tak perlu gelaran ABANG LONG atau OTAI nie..lagi bagus buat sesuatu yang membangga kan diri dan negara sampai dapat gelaran DATO atau pun YANG BERHORMAT..jangan sampai da putus tangan baru nak taubat..syukur kalau putus tangan tapi cuba kalau putus nyawa..ape cite beb..da tak boleh undur da masa tu..aku pun bukan baik sangat tapi aku lagi suka tunjuk samseng di dalam bidang aku je..ROLL 4 LIFE!!GANGSTER SUCK!!



p/s:Renung2 kan lah wahai kawan2 ku sekalian

Wednesday, 19 May 2010

NEVER BACK DOWN BRO!!

Pernah aku jatuh dari bangun ku yang segar tiap pagi..namun aku tetap kan semangat ku agar dapat ku bukti kan diri ini ada sesuatu yang boleh dibangga kan..jangan menyerah selagi nafas yang tuhan beri ada di dalam tubuh..jangan pernah berubah pendirian..ada saja jalan yang akan tuhan tunjuk..pernah aku tersungkur dari diri ku tegak berdiri megah dengan apa yang ku kecapi..namun apa boleh ku buat mungkin ini masa ku diuji oleh yang maha esa..esok lusa siapa tahu ape nasib ku atau pun si dia yang menjatuh kan aku..jadi aku akan cuba lagi cuba lagi sampai lah aku dapat berdiri seperti dulu..seperti mana yang aku kenali dulu..supaya dapat ku mendabik dada..puas dengan pencapaian ku tanpa siapa menbantu ku untuk berdiri..kerana hanya kekuatan hati yang dapat membantu ku buat masa susah ku di dunia ini..




Satu dua tiga dan empat
Cuba berkali masih tak dapat
Lupakan sakit segan dan penat
Nanti di puncak pasti terubat

Empat tiga dua dan satu
Puncaknya betul aku di situ
Ada dah dekat, ramai yang berbatu
Cuba lagi dik ku tunggu

Ku cuba berkali-kali
Masih tak menjadi-jadi
Tapi ku tak patah hati
Tiap kali gagal aku cuba lagi
Aku cuba lagi, aku cuba lagi
Hanya yang lemah kan lari
Jadi lelaki dan cuba lagi

Ku cuba, ku cuba, ku cuba
Puas ku cuba

Nah! Bukan senang hendak menang
Apatah lagi jadi juara
Nah! Bukan senang nak jadi bintang
Apatah lagi jadi lagenda
Aku tahu aku fasih
Nombor satu, yup, aku masih
Terima kasih seteru bersekutu
Keranamu aku bertambah mutu
Tetapi, kebelakangan ini aku tepu
Hampir beku, ni, buku lirik kosong nak berdebu
Hilang sengat hilang seri hilang seru hilang merdu
Mata tutup kepala tertelungkup
Pintu dengar ketuk, oh anakku menjenguk
Papa jangan kerut dahi
Tukar niat baca Bismillah mesti jadi



Buat lagu hebat radio tak nak main
Apa boleh buat? Buat lagu lain
Aku dengar sedap, dia dengar lain
Mungkin lepas menang AIM dia main
Jangan cari pasal, kaji hujung pangkal
Buat lagi sampai tiada orang boleh sangkal
Sampai orang kampung kata pakai tangkal
Sampai gadis kota tidur tepuk bantal
Sampai orang-orang gaji pun hafal
Tapi selagi tak berlaku, tawakal
Ganda usaha bukan simpati
Percaya besok lusa buat lagi
Mereka tanya sampai mana
Yo nampak langit sampai sana
Tiada makna kalau tiada fakta
Lihat carta situ ku diwarta



Ma kata ku pandai Pa kata ku kuat
Jadi kalau cari jalan tak jumpa, ku buat
Ke sini ke sana hanya satu garis lurus
Jangan menoleh mana-mana jalan terus
Ku bukan jenis suka omong kosong
Tolong dengar dik, jangan bodoh sombong
Lima ribu tahun atau lima saat
Kalau kita mahu kita dapat
Banyak laki, berapa jati
Banyak janji, berapa ditepati
Cuma dara sunti minta puji, anak jantan minta uji
Lepas cakap besar tanam pokok
Pasti belum boleh berteduh besok
Dan kalau tak berbuah doa sehari lagi
Tuah akan sampai dengan Taming Sari sekali

Ku cuba lagi

Sunday, 16 May 2010

2 jam bercanda di gravy baby

Assalamuailakum!semalam aku tengah damm tak tau nak buat ape beb..setelah memulas otak aku yang terlebih genius nie aku pun dapat idea untuk menghubungi din kambing..aku pun ape lagi,keluar kan telefon aku yang buruk dan mendail nombor din kambing..''hello din,ko kat mane??'' din pun dengar nada yang selamba menjawap ''aku otw nak lepak kat gravy baby nie dengan bowthug'' perhh luluh sehh hati aku dorang tak ajak aku sekali..lepas tu aku pun cakap kat din takpe la din..korang lepak la..mula2 nak merajuk da tapi tiba2 plak bowthug pujuk aku untuk lepak sekali kat sane..aku malas gak sebenar nyer nak ke lokasi gravy baby tu sebab jauh beb..kat sri kembangan..tapi disebab kan penyakit bosan aku yang da sampai tahap membunuh nie aku pun setuju la nak ke gravy baby yang dibangga kan oleh abang bowthug tu..aku pun mula kan langkah aku ke kereta aku yang comel dan terus memandu dengan cermat menuju ke sri kembangan..

PERKARA YANG SIOT YANG BERLAKU SEBELUM SAMPAI:

  • aku sesat(memang babi bowthug tak pandai bagi direction)
  • aku dengan hati yang berat terpakse membayar kadar tol sebanyak rm1.30
  • sekali lagi bowthug salah bagi direction(bowthug memang sengal)
setiba nyer aku kat gravy baby,aku nampak ramai awek2 cun kat sane..dalam hati aku ada kah nie tujuan utama bowthug nak sangat lepak sini..haha..aku dengan perasaan yang segan silu pun masuk la kat gravy baby..layan punye layan performance artis2 kat sane sampai taik telinga aku nak bersepah da baru la bowthug nak naik atas pentas comel yang da dipanas kan oleh orang2 sebelum nie..bowthug pun memetik gitar usang yamaha yang beliau pinjam tah dari sape pun aku tak tau..dengan muka kambing din pun mula la berpuisi..hahahahahaha agak lawak sebab din malu2 kambing mase tu..abes je din berpuisi bowthug sambung persembahan beliau dengan mendendang kan lagu empty dan stop crying your heart out..jam kat tangan aku sudah pun menunjuk kan pukul 2.15 pagi..aku memang da tak tahan pun bla la dari gravy baby menuju ke pwtc tercinta..sampai sini jela bebelan aku..chow!!!

Wednesday, 12 May 2010

Akhirnya!!

Setelah sekian lama aku menunggu dan mendiam kan diri akhirnya aku dapat gak buat video aku sendiri..nie semua tak akan berjaya tanpa bantuan daripada tuan benji yang selama nie banyak memberi aku sokongan padu tak kira la dimana jua ku berada..haha..pada hari isnin lepas(10 mei 2010) aku,benji dan jua putat yang agak sengal telah pun keluar bersiar2 di dataran MUAR yang tercinta..masa tu lebih kurang jam 3.30 petang..mula2 janji nak lepak jam 2.30..tapi diatas sebab2 yang tak dapat aku nak elak aku pun TERlambat datang..sorry la tuan benji dan putat yang sengal!!lepas penat berjalan sejauh kurang dari 300 meter kami pun sampai la dilokasi yang aku da plan nak shot kat sane..mula2 tak ada idea macam mana nak mula kan tapi dengan otak dan akal da da tuhan bagi pada aku,aku pun dapat la idea..video tu tak dapat nak letak kat sini..tapi ada kat facebook aku..pape pun enjoy video tu kat facebook aku k!!



P/S:tq kepada benji dan putat!dan jugak mintak maaf sebab tak dapat nak letak video tu kat sini..

Monday, 10 May 2010

peristiwa manis

halooo..da lame aku tak update blog aku..terlalu sibuk dengan macam2 kerenah hidup ne..banyak aku nak story nie..antara nyr cerita yang aku nak sebar kan kepada makluk bumi nie ada la tentang kesihatan tulang belakang aku yang semakin hari semakin baik!!tak sabar wey nak skate balik macam dulu..

Antara sebab tak sabar sangat nak skate:

  • Nak kalah kan elmi
  • Nak chill dengan member2 skate
  • Nak tapau trick elmi
  • Nak siap kan video aku
Sekarang nie aku da mula ok kan otak aku dari virus yang da lama menetap di dalam kepala otak tuan hamba yang indah dan permai nie..virus nie ada la spesis virus kerbau yang amat susah tok dihapus kan..nasib baik la ada anti virus avira..


Ciri2 virus kerbau yang ada dalam otak aku:

  • baik tapi sengal
  • suka merosak kan iman aku
  • suka buat aku jadi gila secara spontan
  • selalu buat aku sakit
Ok lah samapi sini dulu bebelan aku..aku sambung lagi cite aku pada next update..hehe..

Antara tajuk post yang akan datang:

  • Teaser I AM ZAKWAN
  • pika mole!
  • kembali!




P/S:banyak lagi tapi kalau semua aku nak bagitau awal2 da tak fresh la kan plak..

Tuesday, 27 April 2010

Tentang kamu(gadis tahilalat)

Ermm..di malam yang sejuk baru lepas hujan nie aku nak story sikit pasal seorang insan yang bernama nur asyikin bte mohd shahadan..beliau merupa kan kawan baik aku dari zaman sekolah lagi..banyak la gak beliau nie meluang kan masa dengan aku so tu yang aku tergerak hati nak story tentang minah nie..terlalu banyak kenangan pahit manis aku bersama budak pendek nie..beliau merupa kan anak kedua daripada empat orang adik beradik..bapak beliau berkerja di sebuah bank yang berlokasi di parit raja johor..ibu beliau jugak menuai rezeki di sebuah bank yang berlokasi di bukit gambir johor..dekat je beb dengan kampung aku..beliau ne spesis manusia yang kurang memakan sayur atau lebih tepat lagi langsung tak makan..aku pun tak tau kenapa dan ape la dosa sayur tu sampai beliau benci sangat dengan sayuran tempatan mahu pun luar negara..buat masa ie beliau sedang melanjut kan pelajaran di UNIKL atau pun nama glamour tempat tu RMCP..beliau nie seorang yang amat degil sampai kene sehdak baru nak dengar nasihat..part yang paling best aku dengan dia ada tahilalat yang same!!haha..tempat pun same..aku suka bila lepak kedai makan dengan beliau sebab aku da hafal ape yang akan beliau akan order kat mamat waiter.."bang nasi goreng cina satu,tak nak sayur,tak nak pedas,tak nak sotong"..tak kisah makan mana pun beliau tetap dengan menu kesukaan beliau tu..lagi satu beliau nie jenis yang tak pandai masak..aku lah selalu jadi mangsa kene masak untuk dia..tapi tak pe kin!aku ok je..cik syikin nie gak merupa kan peminat setia kepada drama korea..pernah gak lah aku saving duit makan dua minggu semata-mata nak bagi beliau dvd MY GIRL..tah dia simpan ke tak lagi dvd tu..ok last sekali aku nak bagitau yang beliau nie penakut nak lintas jalan raya..tak ada kereta pun dia takut nak lintas..aku pun tak faham pehal..tapi lately nie aku dapat tau dia da berani nak lintas jalan raya sendiri tanpa ada orang teman kan dia..caya la beb..aku rasa buat masa nie tu jela kot yang aku nak nk story..kang kalau panjang penat plak nak bace kan..hehe...:)



p/s:Ko jage diri baik2 kin dan jangan lupa birthday aku nanti kita chill sama2!

Diana oh diana!

Gua pun tak tau macam mana nak mula berkata-kata sekarang nie sebab gua tengah bengang tahap dewa da nie!!ada ke si diana nie tak abes2 nak buat hal dengan hati gua..bengong betol..tak pe gua sabar la gak kan..nak buat macam mane lagi..benda da jadi..Diana yang gua sebut2 dari tadi bukan la seorang gadis cun yang biasa korang semua dapat lihat ditepi2 jalan mahu pun di kaca TV..Diana nie gak bukan la seorang awek yang hot macam MEGAN FOX..Diana yang gua maksud kan nie ada la camera plastik kesayangan gua..gua pun tak tau la ape masalah diana nie sampai semua filem gua blank je..nak kata gua tak jage gua da belai..nak kata gua tak bawak bersiar2 pun gua rase gua da bawak..

Ciri2 Diana ku:
  • Berwarna hijau(Glow in the dark beb)
  • Ringan
  • Cun
  • langsing
  • Ada flash yang berwarna warni
Gua sekarang da buntu tak tau nak buat ape supaya diana gua nie da tak merajuk lagi..gua harap2 lepas nie dia da cool la..sebab gua banyak lagi spot nak terokai nie..gua cemburu beb dengan din kambing..fish eye beliau selalu menghasil kan karya yang menarik..Diana gua bila lagi!Diana ko cepat2 la ye sembuh dari penyakit merajuk ko tu..

Sunday, 25 April 2010

Heat the park

halooo..hari sabtu lepas(24/4/10) telah berlangsung satu acara gilang gemilang yang telah di ada kan di PCP..Acara yang dimaksud kan oleh aku ada lah heat the park yang telah danjur kan oleh skateline dan jugak pihak PCP sendiri..Di pagi yang indah tu aku telah pun di kejut kan oleh bunyi lrt yang amat bangsat sekali sehingga aku terjaga dari tido aku yang amat lena..Aku dengan semangat yang gitu pun mencapai towel aku yang berwarna pink dan aku terus terjah masuk ke dalam toilet aku yang wangi..Lame gak la aku menbasah kan diri masa tu..Lepas je aku siap mandi aku pun cepat2 capai je ape yang aku nak pakai pagi tu untuk ke event yang amat panas tu..

Peristiwa yang berlaku pagi tu masa otw ke PCP:

  • Aku start enjin kancil 850 tercinta
  • Kira duit dalam dompet
  • pandu kancil laju2 macam f1
  • sampai la PCP yang jauh dimata tapi dekat dihati
Mula2 aku ingat kan aku da lambat tapi bila aku sampai je PCP je aku tengok semua masih chill macam kat kedai mamak je..so aku pun mula kan la langkah ke arah orang2 yang aku rasa nak tego..Ketiak aku da mula nak banjir baru la event nak start..aduhh lembab betol!semua acara abes pukul 4 petang..agak masam gak la aku bila semua acara da abes..ape tak nyer cuaca yang panas macam di padang pasir beb hari tu..

Result:

Racing:1:nic b
2:kembar
3:syam b

Best trick:1nic b
2:syam b
3:memen




slip disk!

halooo..slip disk yang aku nak cerita nie tak da kena mengena dengan disk yang dijual oleh lanun cetak rompak di negara kita..slip disk yang aku nak cerita nie ada la kecederaan yang aku alami awal tahun nie semasa menikmati keriangan di PCP atau pun nama glamour tempat tu putrajaya cabaran park..so sekarang nie aku terpakse la lepak je mengadap laptop buruk aku sambil menjiwai video rollerblade yang aku da beli dari tuan edosh..tq edosh!!aku betol2 kecewa dengan kata-kata doktor india yang merawat aku di UMSC..'u kene rehat lama,so sekarang u tak boleh nk roll la ye'pedihh beb telinga aku masa tu..aku pun pulang ke pangkuan mak bapak aku dengan rasa yang amat kecewa..buat masa nie aku da rehat selama 2 bulan setengah..tahun depan baru dapat roll balik macam biasa beb..aduhh..mula-mula aku da nak stop roll da tapi dengan semangat daripada member2 seperjuangan aku terus kan gak untuk roll..

Tq kepada din kambing,botak,benji,mamat,pika mole,mok,quyyum dan tak lupa kepada mak bapak aku maimunah dan en.H..

Nie ada gamba aku roll di shah alam..

p/s:tunggu nanti aku buat come back yang gempak!






semekom

assalamuailakum..nie la first time gua buat blog yang gua rasa senang hati nak buat..haha..gua buat nie pun sebab nak hilangkan rasa bosan gua yang da sampai tahap membunuh sel-sel otak gua yang hari2 ngadap rollerblade dan gitar je..kawan gua pun da bising dengan hobi gua yang suke tido tak ingat dunia nie..so gua pun dapat ilham dari perut bumi yang membisik kat telinga gue nie suruh gua buat blog..ok nama gua shah zakwan zamer b H..rutin harian gua selalunye sarung rolerblade dan gak tido sampai puas je..gua berasal dari borneo tapi sekarang gua da duduk di selatan Malaysia,Johor..kawan-kawan gua panggil gua shah..ape-ape pun gua nak mohon ampun kalau blog gua nie macam tak menarik je pada korg...

P/S:jari jemari gua so suka hati gua la..haha..